
sitiraidahrazalee
4 tahun
Cyst pada buah pinggang bayi dlm kandungan
Hi doc, saya sedang hamil 25 minggu. Saya telah buat detail scan, dan alhamdulillah semua organ luar bayi sempurna. Cuma pada buah pinggang belah kiri bayi sy sonographer detect ada cyst sebesar 0.8. Apa penyebab cyst tu ? Bolehkan ia hilang sendiri ? Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, cyst pada buah pinggang janin boleh menandakan pelbagai perkara. Antaranya:
- simple renal cyst - majoriti membaik dalam kandungan
- polycystic kidney disease
- masalah struktur buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.