Sulit
4 tahun
Cyst payudara + biji di bawah ketik + tonsil bengkak ada bintik putih seperti ulser / nanah
ptma skli sy bru bsalin bulan 12/2020 week28…ank mnggl day28…bln 2 sy prsan ad ketul kt payudara…bulan 3 scan doc kata cyst pyudara n xbhaya…tp still kna jmpa pakar utk tngk smada prlu biopsy atau x…and sy prsan kt bwh ketiak sy jga ad ketul xsakit n saiz xbrubah…lastly dh 3 hri tonsil bengkak ada bintik putih sperti ulser…adkh smuanya brkait dgn kanser ?adkh ketul kt payudara tu bkn biasa2? 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, antara gejala cyst/kista payudara, adalah seperti:
- Benjolan bulat atau bujur yang licin dan mudah bergerak yang mungkin mempunyai tepi licin - yang biasanya, walaupun tidak selalu, menunjukkan ia jinak
- Cecair yang keluar dari puting yang mungkin berwarna jernih, kuning, berwarna kekuningan atau coklat gelap
- Kesakitan payudara di kawasan benjolan payudara
- Peningkatan ukuran benjolan payudara dan sakit payudara sebelum haid anda
- Penurunan ukuran benjolan payudara dan gejala lain selepas haid anda
Mempunyai kista payudara tidak meningkatkan risiko anda mendapat barah/kanser payudara. Tetapi mempunyai kista mungkin menjadikannya sukar untuk mencari benjolan payudara baru atau perubahan lain yang mungkin perlu dinilai oleh doktor. Mengenai benjolan bawah ketiak, ia boleh disebabkan oleh kista, atau beberapa perkara lain seperti benjolan lemak, folikulitis, gumpalan tisu fiber, atau kelenjar bengkak. Manakala berkenaan dengan tonsil, ia dipengaruhi oleh sistem kekebalan tubuh badan, tonsil yang bengkak dan terdapat bintik putih boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau keradangan. Memandangkan adanya risiko jangkitan kuman, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah dan rawatan yang tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik / hospital berdekatan. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.

































