
Sulit
4 tahun
Cyst payudara consume jamu
hai… jika ad cyst di payudara adakah saya boleh consume jamu?sebab doktor cakap cyst takleh operate saiznya trlalu kecik. tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu Breast Cyst. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, breast cyst tidak boleh dirawat menggunakan kaedah di rumah. Tidak ada kajian yang kukuh menyatakan pengambilan jamu boleh merawat breast cyst. Punca kemunculan atau jenis breast cyst perlu dikenal pasti jika ingin mengatasi masalah ini. Sesetengah wanita mengalami breast cyst yang hanya muncul semasa haid dan hilang setelah haid habis.
Anda dinasihatkan untuk mengetahui perkembangan breast cyst tersebut, jika ia membesar dalam saiz atau tidak dan tempoh waktu breast cysts mengalami perubahan kerana ia mungkin boleh berubah menjadi kanser. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rawatan susulan. Anda juga boleh bertanya doktor untuk membuang breast cysts jika keadaan tersebut merisaukan anda.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.