
Sulit
3 tahun
Cyst semasa pregnant
Hai Saya nk Tanya tentang cyst 0.32cm semasa mengandung adakah is berbahaya kepada ibu Dan baby Dan Saya nak tnya macam mana nak hilangkan cyst semasa tengah hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Menurut keterangan anda, kami memahami anda mempunyai sista ovari dan anda sedang hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sista ovari biasa berlaku semasa awal kehamilan dan ia tidak perlu dirisaukan kerana biasanya ia akan hilang tanpa rawatan. Namun, ada kalanya sista ovari boleh membesar semasa hamil dan boleh pecah ataupun terkilas dan ini boleh menyukarkan kehamilan. Selain itu, sista ovari yang membesar juga boleh memberikan masalah ketika bersalin. Rawatan untuk sista ovari biasanya tidak diberikan kecuali jika sista ovari tersebut pecah atau kilas. Pembedahan boleh dilakukan untuk mengeluarkan sista tetapi ia tidak dijalankan kecuali jika perlu. Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui rawatan yang paling bersesuaian untuk anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.