Sulit
6 tahun
D&C dan pil perancang
Sy berumur 29 thn. Pada 25/7/19 sy ada menjalani D&C atas nasihat doc. 3minggu slps d&c pd 15/8/19 sy ada melakukan hubungan bersama suami dan sy belum dapat period yg pertama selepas d&c… adakah peluang utk pregnant tinggi? Sesuai tak jika sy memulakan pil perancang pada 16 atau 17 august?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, risiko untuk anda hamil semula pada amnya adalah rendah kerana belum tiba haid pertama semenjak prosedur D&C anda. Namun begitu, risiko tersebut tidaklah mustahil dan sekiranya anda berasa ragu-ragu, anda boleh menguji status kehamilan anda 1-2 minggu selepas persetubuhan dengan suami anda. Manakala pengambilan pil perancang bermula pada tarikh yang anda nyatakakan boleh diambil sekiranya tiada perkara yang menghalang seperti kehamilan, pendarahan yang tidak diketahui punca dan jangkitan dalam rahim. Bagi mengurangkan risiko kehamilan, anda boleh mengamalkan pil perancang dan pemakaian kondom dalam tempoh 1-2 minggu selepas prosedur D&C dan sekiranya tiada kedatangan haid, anda boleh teruskan pengambilan pil perancang seperti biasa. Sekian.




































