
Anonymous
5 tahun
Dada Berlubang dan Puting Buah Dada Mengeluarkan Cecair
Saya wanita berumur 26 tahun dan bekerja dalam bidang retail. Sejak 11 tahun lepas puting buah dada saya mengeluarkan cecair seperti nanah. Tetapi ia tidak sakit dan saya sudah berjumpa doktor untuk check sama ada terdapat ketulan atau selain dari itu. Tetapi tiada jawapan dari doktor. Dan sejak 6 tahun lepas di tengah tengah dada saya antara buah dada terdapat bisul dan ia sering pecah sendiri. Bisul itu meninggalkan lubang yang agak besar. Saya terpaksa menghadapi situasi ini setiap bulan selama 6 tahun dan sememangnya saya sudah tidak dapat menahan sakit. Susah untuk bekerja, bergerak, malah sering sesak nafas. Jadi boleh saya tahu apa pendapat doktor tentang masalah yang saya sedang hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak puan cecair dan nanah yang keluar dari puting payudara adalah sesuatu yang tidak normal, begitu juga dengan bisul tersebut.
Terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi, antaranya:
- Jangkitan pada payudara (mastitis)
- Luka pada puting payudara yang tidak dirawat dengan betul menyebabkan jangkitan sehingga bernanah
- Kanser payudara
- Paget’s disease
Memandangkan anda telah mengalami gejala ini selama 6 tahun, anda amat disarankan untuk segera merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana pihak kami tidak boleh membuat kesimpulan tanpa maklumat lebih mendalam. Ini adalah ini mengelakkan gejala tersebut menjadi lebih teruk. Sila dapatkan rawatan dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.