
dekya.ismail
5 tahun
Dada Dan bahu Kiri sakit
Saya wanita beria 36tahun, saya kerap sakit bahu Kiri Dan terbaru saya sakit dada bahagian Kiri juga. Untuk pengetahuan doctor says perokok tegar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada di sebelah kiri termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Ketegangan otot
- Stres
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan keadaan yang menyebabkan sakit dada yang kronik.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat.
Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung berkemungkinan sedikit lebih kerana anda adalah perokok tegar.Risiko ini menjadi lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Usia yang lebih tua
• Berat badan berlebihan
• Kurang senaman
Oleh sebab sakit dada merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.