
Sulit
4 tahun
Dada dan pernafasan rasa kurang selesa
Assalamualaikum, saya seorang yang aktif bersukan dan tidak mempunyai latar belakang masalah kesihatan. Namun semenjak pkp saya tidak dapat melaksanakan aktiviti sukan hampir setahun. Setelah berhenti bersukan semenjak pkp hingga hari ini, saya merasa kurang selesa pada pernafasan dan juga dada saya. Adakah normal bagi seseorang yg aktif bersukan merasa seperti itu selepas berhenti bersukan secara mengejut dan berpanjangan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis atau tibi
- Masalah jantung
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah dan badan)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca masalah yang anda alami kerana maklumat lanjut mengenai anda dan pemeriksaan perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk menjawab persoalan anda, adalah tidak normal sekiranya anda berasa sesak nafas dan sakit dada ketika sedang berehat tanpa melakukan apa-apa aktiviti dan ia memerlukan pemeriksaan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.