
stonez.nickz
4 tahun
Dada kanan berdenyut laju
Saya lelaki berusia 32 tahun, sering merasa dada kanan berdenyut-denyut, apa masalahnya ya? Dada kanan hanya berdenyut tapi tak terasa sakit.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gangguan dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gejala dada berdenyut dengan kuat atau laju secara tiba-tiba boleh berpunca dari pelbagai jenis gangguan tubuh seperti:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid (sering diiringi dengan tangan bergetar, kuat berpeluh, dll.)
- Masalah anxiety (rasa cemas yang berlebihan)
- Stress yang berlebihan
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
- Gangguan otot dada
Saya menasihatkan anda untuk cuba menjauhkan diri (atau kurangkan) dari faktor yang boleh di cegah dahulu seperti stress (sekiranya ada), demam (lapor ke klinik atau hospital yang berdekatan sesuai SOP), mahupun aktiviti-aktiviti yang dapat mencetus gejala tersebut. Disamping itu memastikan diri sentiasa cukup makan dan minum.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami PERCUMA secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Terima kasih.