
Sulit
4 tahun
Dada kanan saya berasa amat sakit
Saya remaja perempuan 15 tahun, saya berasa sakit di bahagian dada kanan saya setelah saya kerap tidur lewat selama 2 minggu berturut turut…adakah normal sekiranya sakit dada di bhagian kanan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah atau serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Radang selaput dada atau tulang rusuk (costochondritis)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah payudara
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana anda mengalaminya buat masa yang lama.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.