
Sulit
3 tahun
Dada kiri terasa tidak selesa
Salam sejahtera. Saya lelaki berusia 27 tahun. Tidak merokok.Sejak kebelakangan ini saya kerap merasa tidak selesa dibahagian dada kiri. Makin pelik apabila, rasa kurang selesa ini hanya muncul ketika waktu sebelum tidur dan tidak pernah datang pada waktu siang iaitu semasa kerja seharian. Saya dan keluarga tidak mempunyai sejarah sakit jantung. Masalah ni muncul tatkala saya terlelap atau tertidur sehingga menyebabkan tersedar dari lelapan tersebut. Kadang2 berasa seperti berdebar2. Tetapi kadar denyutan nadi saya ukur adalah normal iaitu sekirar 72 Bpm. Paling menakutkan, saya mula berfikir adakah ini simptom serangan jantung ? Minta nasihat doktor. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.