
berantakanterus
5 tahun
Dada rasa kurang selesa
Salam sejahtera doktor…
Pada bulan ogos yang lalu saya telah menjalani pembedahan memasang stent dijantung saya.Saya juga mengambil ubat seperti yang diberikan doktor.Bulan lepas saya bercuti di Colombia dan pulang ke KL pada 4 disember…Sejak saya pulang, saya tidak mendapat tidur yang cukup.Setiap hari saya cuma dapat tidur dalam 1 ke 2 jam sahaja.Apakah itu yang menyebabkan rasa kurang selesa didada saya?Saya tidak merasa sakit dada seperti masa saya kena serangan jantung pada ogos yang lalu.Cuma rasa tak selesa.Apakah ini simptom biasa atau ada masalah yang lain? Terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.