
Sulit
4 tahun
Dada rasa panans,,nafas ok…cuma tak selesa
umur saya 31,dada saya rasa panas,adakah asid d perut pergi ke dada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami masalah anda mengenai sakit dada yang anda alami sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi ini adalah subjektif dan boleh disebabkan oleh beberapa penyakit atau kondisi iaitu:
- Jangkitan kuman pada paru-paru atau keradangan paru-paru
- Penyakit refluks esofagus (GERD) yang disebabkan asid perut naik sehingga ke kerongkong.
- Penyakit jantung
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Jangkitan TB ( Tuberculosis ) pada paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.**
**
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengetahui punca masalah anda serta mendapatkan rawatan yang diperlukan. Sementara itu, kami ingin nasihatkan anda agar untuk memantau simptom-simptom lain seperti batuk berdarah, sakit kepala, demam, kebiruan pada tangan dan kaki serta sakit pedih ulu hati yang memerlukan perhatian segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi