
Sulit
4 tahun
Dada rasa seperti tersentak
Saya berumur 22 tahun dah kebelakangan ini saya rasa bahagian tulang rangka daa di tengah sering tersentak tak kira dalam keadaan apa puun. Saya tak marah atau stress

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tulang rusuk atau selaput dada (costochondritis)
- Serangan jantung
- Lemah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Pedih ulu hati atau GERD
- Anemia (kekurangan darah merah)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan am kami mengenai masalah yang anda hadapi. Anda perlu membuat pemeriksaan bersama doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Hal ini perlulah diberi perhatian oleh anda kerana kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang lebih teruk.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Sesak nafas
- Pitam
- Batuk berdarah atau berkahak
- Muntah-muntah
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.