
Sulit
4 tahun
Dada saya sakit apabila saya bersin
sejak kebelakangan ini, dada saya rasa seperti ditekan dan sakit apabila saya bersin. adakah masalah saya serius dan haruskah saya berjumpa doktor. and saya sering bersin

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, bersin termasuklah batuk dan juga menarik nafas dalam akan menyebabkan tulang rusuk bergerak dengan drastik secara atas bawah. Kebiasaannya, aktiviti ini tidak menyebabkan rasa sakit namun beberapa sakit akan menyebabkan simptom tersebut berlaku. Contohnya:
- Pleurisy (radang pada lapisan pleura)
- Otot pada bahagian dada atau rusuk tegang
- Alahan asma
- Jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.