
Anonymous
5 tahun
Dada sebelah kanan berdenyut
saya belum berkahwin dan berumur 28 tahun. sejak kebelakangan ini dada saya sebelah kanan selalu sakit. kalau saya banyak buat kerja, penat sangat dada akan sakit pada sebelah kanan, berdenyut-denyut kuat. saya perlu berehat sebentar untuk lega. boleh saya tahu apa puncanya? kadang-kadang ada masa saya tak penat tapi saya rasa panic attack dan dada saya turut sakit. saya sangat risau. setiap hari saya balik kerja jalan kaki 1km, semakin hari dada saya semakin sakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Angina jantung
- Pedih ulu hati
- Sakit otot
- Stress/tekanan
Angina jantung adalah keadaan yang berlaku apabila saluran darah untuk jantung berfungsi sempit sekali gus mengurangkan bekalan darah beroksigen untuk fungsi jantung. Apabila melakukan aktiviti fizikal, jantung akan mengepam lebih laju supaya lebih banyak darah megalir ke seluruh badan. Namun, sekiranya saluran arteri koronari sempit maka kurang darah akan sampai ke jantung dan sel akan kekurangan oksigen. Oleh itu sakit dada angina akan terjadi. Pedih ulu hati serta sakit otot dadan mimik angina jantung kerana organ berada di posisi yang sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan ujian fizikal amat diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.