Anonymous
6 tahun
Dada sebelah kiri bengkak
Saya 15 tahun …dan mendapat tahu ada benjolan pada puting dan ketulan berwarna kelabu dan putih serta bengkak dada sebelah kiri.ia kadang kadang terasa sakit dan ada masa tidak sakit .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bagi membantu anda dalam masalah ini, saya memerlukan maklumat lebih lanjut tentang masalah anda. Pertamanya, saya ingin mengetahui jantina anda. Kami juga memerlukan maklumat lebih lanjut tentang benjolan tersebut seperti saiz, warna, tekstur kulit, adakah ia boleh bergerak dan sebagainya.
Biasanya benjolan pada puting payudara atau dada memerlukan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca benjolan ini. Benjolan ini boleh disebabkan oleh:
- Benjolan lemak
- Benjolan tisu fiber
- Jangkitan kuman yang menyebabkan bengkak dan nanah
- Ketumbuhan lebih serius seperti kanser
Oleh itu, anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut dan pemeriksaan di klinik atau hospital terdekat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan penerangan lanjut secara atas talian. Terima kasih.
































