
Sulit
3 tahun
Dada sebelah kiri merasa tidak selesa
Saya lelaki berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Ketika saya bergerak saya merasakan amat tidak selesa di dada sebelah kiri saya dan begitu juga ketika saya baring untuk tidur dan bangun … dan pernah merasa sakit dada or sesak nafas… mohon pencerahan ny doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang sakit dada yang anda alami sama ada serangan jantung atau tidak. Gejala sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.