
Anonymous
5 tahun
Dada sebelah kiri sakit bila di tekan
saya berumur 41 tahun. setiap kali sya berbaring terasa ada sakit sedikit dada sebelah kiri

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan simptom tersebut. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sakit pada dada boleh disebabkan oleh:
- Angina
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung - Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen. - Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah. - Pedih ulu hati
- Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih