
Anonymous
5 tahun
Dada sebelah kiri sakit
Saya wanita dalam 20’an dan dada kiri saya selalu sakit jika lelah atau banyak berjalan. Gejala ini terjadi daripada kecil lagi. Jika meretas desa atau banyak berjalan dada sebelah kiri dibawah payudara dibahagian tulang rusuk juga akan berasa sakit. Boleh saya tau kenapa simptom ini selalu jadi? Adakah ia serious?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan simptom tersebut. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sakit pada dada boleh disebabkan oleh:
- Angina
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung - Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen. - Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah. - Pedih ulu hati
- Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.