amnadhi9
6 tahun
Dada sentiasa sakit, batuk setiap masa, sakit kepala belah kiri, bahu kiri sakit
Saya, 20 tahun sudah mengalami penurunan berat badan secara mendadak.Daripada 45 kg terus ke 36 kg dlm beberapa bulan. Saya sentiasa sakit dada setiap malam dan batuk tapi tidak keterlaluan. Sukar tidur malam. Bahu saya semasa buat kerja terus sakit tp tktau punca. urut pun tktau punca. Sentiasa sakit kepala sebelah kiri .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rangkaian gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan paru-paru terutama akibat tuberkulosis (TB)
- Pancoast tumor
- Bronkiektasis akibat masalah di cabang paru-paru
- Bronchitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































