Sulit
4 tahun
Dada terasa berdegup kuat
Salam sejahtera,saya pemuda berumur 20 tahun. Sejak bulan lepas,saya terasa degupan jantung saya terasa kuat,seperti jantung berdegup kuat. Ada kala saya terasa x selesa bila kene.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Lemah jantung
- Demam
- Masalah tiroid
- Psikologi: Resah (anxiety), kemurungan (depression), stres
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Untuk maklumat anda, perkara ini perlu diberikan perhatian dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor memandangkan umur anda masih muda dan ia mengganggu aktiviti dan keselesaan anda. Pemeriksaan lanjut perlulah dibuat supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!





























