
Sulit
4 tahun
Dada terasa sakit sedikit
hi doktor salam sejahtera…saya lekaki berumur 33 tahun dengan berat badan 79kg dan tinggi 168cm…sejak seminggu yg lalu saya sering pening kepala dan loya dan dada terasa berdebar-debar…rasa sakit sikit di dada…boleh saya tahu apa simptom yg sedang saya hadapi ini…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh bebrapa perkara seperti:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jaga kesihatan jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan berat dan tinggi yang anda nyatakan, saya menasihatkan anda untuk menurunkan berat badan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti riadah. Hal ini penting bagi mengelakkan masalah sakit jantung kerana salah satu risiko penyakit ini adalah berat berlebihan.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.