
Sulit
3 tahun
Dada terasa seperti Di tkan Dan sesak nafas
Hello doctor, saya lelaki berumur 37 tahun dan sudah berumahtangga mempunyai 4 orang anak… Pada bulan March tahun lalu saya pernah dimasukkan ke wad setelah saya datang ke unit pesakit luar lalu Di rujuk ke unit kecemasan Di salah sebuah hospital kerajaan apabila saya mengadu sesak nafas dan sakit dada.saya menyangka saya menghidap masaalah jantung akan tetapi,setelah 3 hari mendapat pemeriksaan ECG dan rawatan ,doctor mengesahkan jantung saya dalam keadaan normal.dan pada masa yang sama doctor mengandaikan saya menghidap masaalah gastric dan dibenarkan discharge.setelah setahun berlalu,pada hari ini,sudah lebih seminggu berlalu saya merasa seperti ada sesuatu benda yang terlekat pada esofagus saya,ianya seperti ada kahak yang mengeras rasa nak batuk,dada terasa di tekan sesak nafas.adakah ini kesan atau simtom simtom daripada GASTRIC ataupun GERD? mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada bahagian tengah disertai dengan sesak nafas. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Secara umumnya terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala sakit dada dan sesak nafas seperti:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Gangguan emosi
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.