azfar
6 tahun
Dah makan ubat yang diberikan tapi masih tak hilang kahak, dan mula rasa sakit dada sebelah kanan
Saya baru balik daripada Singapura pada 7hb Mac. Kemudian, housemate saya juga salah seorang peserta Ijtima Tabligh baru-baru ini. Dia tak dapat screening covid sebab pegawai perubatan kata tak cukup simptom
Pada 13hb, saya mula selsema, batuk dan sakit tekak. Pada 15hb, saya telah pergi ke Hospital Raja Perempuan Zainab (II) untuk saringan Covid. Tapi, pegawai perubatan tak beri check sebab masih belum cukup simptom.
Saya telah diberikan paracetamol, clarinase, lozenges dan Vitamin C 1000mg. Saya telah habis ubat-ubatan tersebut pada 20hb tapi masih belum sembuh. Ibu saya juga telah beli ubat kahak, Fluifort Syrup pada 19hb dan saya telah habiskan hari ini, 22hb Mac. Sejak 16hb Mac, saya mula merasa sakit dada sebelah kiri
Setakat 22hb Mac, kahak saya masih banyak. Pada 20hb Mac, saya mula sakit dada sebelah kanan.
Saya minta nasihat Dr dan saya dahulukan dengan Terima Kasih
6 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Memandangkan rakan anda menyertai majlis ijtimak tersebut, saya sarankan anda dan rakan anda menjalani ujian saringan di hospital yang ditetapkan.
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































