
izdihari661
5 tahun
Dah tak boleh makan pedas
Umur saya17 dulu saya kuat makan pedas dan berat saya dulu 105KG setiap hari makan sambal pedas semua pedas lepastu saya berazam nak kurus and saya sekarang dah 75KG sebab saya amalkan diet dan bersenam and one day saya nak makan makanan pedas dah tak boleh makan sikit je pedas terus berpeluh banyak padahal mak saya makan takde pape

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.