
Sulit
5 tahun
Dahi bergerak dan paru-paru sakit
Hai saya seorang lelaki berumur 20an. Saya baru sahaja berhenti merokok sekitar dua hari yang lepas selepas merokok dari usia 13 tahun dan saya rasa sakit dibahagian paru-paru kiri dan tengah dada. Selain itu ketika saya sedang menonton TV dahi kiri saya bergerak ke atas seperti ada sesuatu di dahi saya. Kerisauan ini buatkan saya rasa tidak selesa apabila saya mencari di internet untuk jawapan dan berjumpa dengan tanda-tanda kematian. Saya harap doktor dapat membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah COPD
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Masalah jantung (coronary artery disease)
- Kanser paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.