
Sulit
4 tahun
Dahi berlekuk dalam serta benjolan kecil di tepi lekukan tersebut
Assalamualaikum.saya wanita berumur 25 tahun.saya mempunyai masalah dahi yang berlekuk dalam sejak kecil dan ada benjolan kecil di tepi lekukan tersebut.adakah itu penyakit krna saya telah brjumpa doktor sblom ini dan diberitahu bahawa itu hanyalah pembentukan tulang dahi saya sahaja tetapi saya tidak berasa sakit di bahagian dahi tersebut.mohon pencerahan doktor tentang masalah saya kerana lekukan di dahi saya sangatt ketara di tengah dahi saya…kadang2 saya dalam dilema samada perlu rujuk kpd doktor lagi atau tidak kerana tidak merasa sakit tetapi lekukan tersebut disertakan dengan sedikit benjolan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lekukan di dahi anda berkemungkinan besar cuma pembentukan tulang dahi anda seperti yang dijelaskan oleh doktor yang telah anda lawati. Oleh kerana lekukan ini wujud semenjak kecil dan tiada membawa apa-apa simptom, ia menunjukkan bahawa ini bukan sesuatu penyakit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.