
Sulit
4 tahun
Dalam lubang hidung ada ketulan
Saya lelaki umr 38 tahun,dalam lubang hidung saya ada ketulan kalau pegang baru rasa macam jerawat tapi bahagian dalam daging hidung. Ia sakit dan saya juga kerap selsema n tak sembuh-sembuh.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan polip hidung, cellulitis, jangkitan pada hidung, kecederaan pada hidung dan tumor hidung atau sinus.
Polip hidung adalah ketulan yang membentuk dalam hidung atau sinus. Ianya biasa dijumpai di sekitar kawasan di mana sinus masuk ke dalam rongga hidung. Masalah ini sering dikaitkan dengan alahan atau asma. Ketulan yang lebih besar boleh menghalang pengaliran cecair sinus. Apabila terlalu banyak cecair atau lendir berkumpul di dalam sinus (hidung), ia boleh dijangkiti kuman.
Tanda-tanda Polip hidung adalah termasuk:
- Hidung hidung atau tersumbat
- Kerap Bersin
- Hidung berair
- Kesakitan muka
- Masalah dengan rasa bau
- Kehilangan rasa
- Gatal di sekeliling mata
- Jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.