Anonymous
6 tahun
Dalaman wanita(period)
Saya mengalami period tidak teratur waktu remaja sehingga la berkahwin skrng…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Sebaiknya puan kenalpasti apakah kitaran haid puan dapat dikategorikan sebagai normal ataupun tidak. Sekiranya tidak normal, hal ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Photo by Hasan Almasi


























