
Sulit
4 tahun
Darah beku di kepala akibat kemalangan
Hi, teman lelaki baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya dua hari lepas. Dia mempunyai luka yang biasa cuma hentakan yg kuat di kepala. Dia mengalami pembedahan di kepala akibat darah beku dan pembedahan tersebut berjaya cuma dia masih belum stabil dan sedar daripada koma. Menurut ibunya, dia masih bergantung pada ventilator disebabkan keadaannya yg masih belum stabil. Jadi, saya merisaukannya keadaanya. Adakah dia akan kembali seperti normal atau mempunyai side effects yg lain? Terima kasih atas respons anda.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami berasa simpati kerana anda pasti risaukan teman lelaki anda yang baru menjalani pembedahan akibat kemalangan jalan raya. Pasti anda berasa kurang risau kerana pembedahannya berjaya cuma teman lelaki anda masih belum sedar dari koma dan bergantung pada ventilator. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tentang kesihatan dan kondisi teman lelaki anda diperlukan dengan lebih lanjut lagi seperti rekod perubatan dan info kesihatannya. Kami tidak boleh membuat apa apa rumusan dan jangkaan tentang bila teman lelaki anda akan pulih semula daripada koma.
Anda boleh berdoa supaya teman lelaki anda pulih seperti sediakala secepat mungkin. Kami faham betapa risaunya anda terhadap orang yang anda sayang.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang rakan anda hadapi. Terima kasih.