
Sulit
2 tahun
Darah berketul ketika haid
Selamat Sejahtera doktor, saya mengalami masalah Haid serta berketul… dalam masa yng sama sya akan mengalami darah berketul jika terasa sakit belakang badan dan untuk meredakan ia saya harus meneran sedikit lalu ketika sye meneran tidak terlalu kuat sye akan mengeluarkan darah yang beketul dan dalam masa yg sme sakit belakang sye juga reda… haid sye juga tidak berapa teratur dan sering mengalami sakit belakang yg agak sakit sehinggakan sye terpaksa makan ubat thn sakit. Ad tak risikonya atau kesan sampingan nya doktor? Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis
- Masalah pembekuan darah
- Polyp
Namun begitu, maklumat terperinci tentang kitaran haid, penggunaan pil atau alat perancang kehamilan, status kehamilan dan pemeriksaan fizikal malahan pemeriksaan “ultrasound” abdomen diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.