
Sulit
2 tahun
Darah berwarna pink keluar di vagina setiap kali puasa
saya wanita 27thn, baru berkahwin. sebelum berkahwin pernah mengambil pil hormon atas nasihat doktor kerana masalah hormon & haid jarang datang. sehingga sekarang saya masih mengamalkan pil hormon. setiap kali saya berpuasa ganti dan pada waktu petang sebelum berbuka puasa mengalami senggugut dan keluar darah berwarna pink. sering berlaku situasi ini setiap kali puasa. mohon nasihat doktor, adakah saya ada masalah dalaman rahim.

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada pendarahan, antaranya ialah:
- Kesan sampingan pengambilan pil perancang
- Kehamilan
- Menstruasi tidak seimbang
- Jangkitan kuman
- Hormon tidak seimbang
Anda dinasihatkan untuk menjalankan ujian kehamilan sendiri dengan alat dari farmasi atau ke klinik untuk pemeriksaan. Sekiranya anda tidak hamil dan tidak mengambil pil perancang, anda boleh merujuk masalah ini untuk mengetahui punca masalah anda
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk rundingan dan nasihat lanjut. Terima kasih
](http://)