
fizahc1
4 tahun
Darah cair.adakah masalah hormon?
sy wanita berumur 33 tahun.pada 1/7/2019 hingga 8/7/2019 sy period dlm keadaan normal.dlm masa yg sm sy alami kepeningan.sy ke klinik dan doc bagi sy ubat “T.betahistine dihydrochloride”.doc maklumkan ubat tu utk migrain padahal sy tak alami migrain.hanya pening lalat saja…Balik dari tu,sy makan ubt berkenaan dan keesokan harinya sy mengalami pendarahan yg teruk,berketul2 dan byak keluar dari faraj sy.Sy ke hosp KPJ dan doc KPJ mmberikan sy darah beku dan mengatakan ubat migrain tu yg mmbuatkan darah sy cair.Sampai sekarang (17/7/2019) selama 10hari selepas haid,sy mengalami pendarahan berterusan itu.Adakah doc mmpunyai apa2 kebarangkalian penyakit sy ni?adakah disebbkan hormon?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya masalah darah cair adalah berkaitan dengan mekanisma pembekuan darah dan bukan disebabkan oleh hormon. Namun begitu, terdapat pelbagai penyebab haid berpanjangan antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.