
Sulit
4 tahun
Darah cair keluar selepas 15 hari
Hi doctor, adakah normal apabila saya mengalami pengeluaran darah cair. Dulu, period saya teratur dan sejak kebelakangan ini darah saya tidak cukup dan saya mengalami period yang banyak dan sekarang saya sudah habis period dan mengalami pendarahan cair dan keluar darah ketul yang kecil merah kehitaman adakah ia menunjukkan pendarahan darah cair saya hendak tamat sudah? Adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, darah hitam yang keluar boleh disebabkan oleh beberapa punca, antaranya ialah:
- Fasa akhir haid, warna darah akan menjadi lebih gelap
- kitaran haid tidak teratur
- pil perancang
- fibroid di rahim
- perimenopause
- kanser
- kehamilan
- keguguran
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!