
Anonymous
4 tahun
Darah coklat selepas keguguran
Saya wanita berumur 40’an. Saya baru mengalami keguguran kali kedua pada 2 minggu yang lepas secara natural. Tetapi saya tidak pergi hospital utk mendapat rawatan selanjutnya. Kerana saya dapati darah saya berkurang selepas 2 minggu. Tetapi saya sekarang masih keluar cecair berwarna coklat apabila saya bekerja terlalu aktif. Soalan saya, apakah status cecair tersebut? Adakah cecair tersebut darah yang tidak keluar, kerana saya tidak mencuci rahim setelah keguguran.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terlebih dahulu , pihak kami ingin menyatakan rasa kekesalan atas kehilangan janin anda.
Kami sarankan anda untuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hal ini adalah untuk mengesahkan tiada komplikasi dari keguguran tersebut dan untuk mengetahui sebab masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.