
Sulit
4 tahun
Darah dalam air kencing, kolestrol tinggi, keradangan hati
Saya lelaki berusia 30 an. Saya pernah menghidap Ulcer pada tahun 2017 Dan telah sembuh. Waktu itu saya diberitahu oleh Doktor bahawa jika lama kelamaan ianya boleh menjadi kanser. Pada masa sekarang, tahap kolestrol saya sangat tinggi. Saya juga dimaklumkan oleh Doktor bahawa saya juga mempunyai masalah keradangan hati. Dan paling merisaukan saya ialah saya juga mempunyai darah di dalam air kencing yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ianya hanya dikesan melalui mikroskop. Jumlah nya ialah 3+/+3. Justeru, saya sangat bimbang kerana khususnya pada waktu malam saya juga kerap kencing. Saya juga selalu merasa pening kepala, namun tahap BP saya normal. Ada suatu ketika saya merasa bagaikan terkena renjetan elektrik di bahagian urat kaki dan sekitarnya pada sebelah kaki kanan saya. Saya juga merasa cepat letih dan kadang terasa ingin muntah,merasa loya dan sakit pada tulang send.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah tidak terlalu jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kritikal, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan.
Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait. Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- komplikasi gangguan hati
- tanda-tanda awal gangguan sistem endokrin
- komplikasi gangguan kesihatan yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.