
Sulit
4 tahun
Darah dalam faraj haid ke?
hi dr, period saya dah datang sebelum puasa dan habis pada hari ke 3 puasa. hari ke 13 saya dapati ada darah dalam faraj. sikit je. dah mandi wajib dan puasa macam biasa sebab dah takde darah. hari ke 14, malam saya dapati ada darah lagi dalam faraj (kena korek). saya nak tanya itu darah haid ke? sah ke kalau saya berpuasa macam biasa tanpa mandi wajib lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda mungkin mengalami pendarahan spotting . Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa.
Antara sebab mengapa seseorang mengalami pendarahan spotting adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Mengenai isu mandi wajib, kami sarankan anda untuk bertanya kepada ustaz/ustazah yang bertauliah bagi membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.