
Sulit
4 tahun
Darah haid atau darah mengandung
Hello. Sy nak tnya pendapat doktor. 2/11 sy lakukan hbungn intim dngn suami tanpa menggunakan kondom. So pd 4/11 sy makan kedua2 pil postinor tersebut. Jd pd tnggal 10/11 sy keluar pendarahan seperti haid selama 7 hari. Tetapi bulan lepas sy dtg period 22/10. Kebiasaannya, sy selalu dtg haid pada hujung bulan. Jd nak tnya pendapat doktor. Adakah itu darah haid atau pun darah mengandung? Ataupun kesan drpd makan pil tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid tidak teratur dan sedikit. Masalah ini boleh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon atau masalah pada struktur organ seperti faraj, cerviks dan rahim.
Antara puncanya adalah:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.