
Anonymous
5 tahun
Darah haid atau gugur?
Hi , sy suzie . Sy confius dgn period sy . Period sy dah teratur start tahu lepas bulan 12 . Setiap 17hb psti dtg bulan . Tp bulan 3 hanya 3 hari saja . Skrg bulan 5 , tp dtg bukan 17hb , awal 4 hari . 13hb jam 12 lebih pagi , tp keluar sikit je . Lendir campur darah . Su tgu sampai pagi tapi takde darah banyak keluar . Sampai lah ke petang baru keluar banyak tp tak mcm darah haid biasa . Hanya 3 hari saja darah keluar . 16hb kosong balik . Darah tak keluar . 17hb setompok darah . Lepas tu kosong . Bila sy bersama dgn suami , esok nya darah keluar balik . Sy taktau knp . Doktor boleh terangkan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.