Anonymous
6 tahun
Darah haid atau istihadah
Saya Farah, 22 tahun. Pada 7/5 sye datang haid & haid berhenti 13/5 ( pada akhirnya dalam hari ke 5 atau ke 6 darah mula mengalir sedikit. Namun, yang agak merusingkan Saya. Pada 21/5 Saya di datangi darah dari faraj sehingga hari ini 23/5. Darah tidak banyak seperti darah haid. Tetapi kerap untuk Saya suci & solat. Saya runsing & apa perlu Saya buat? Adakah Saya normal? Saya tidak yakin berdepan dengan orang lain & untuk menunaikan solat terawih. Saya masih bujang & tidak pernah melakukan hubungan terlarang.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























