Sulit
3 tahun
Darah haid banyak berketul
Saya berumur 32 tahun Dan obesity. Saya baru-baru ini mengalami gangguan haid Yang tak teratur Dan darah haid Yang keluar banyak berketul-ketul seperti keguguran. Apakah punca Dan rawatan Yang sesuai?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid. Masalah ketidakseimbangan hormon ini pula dipengaruhi oleh beberapa faktor am seperti:
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan tidak seimbang, seperti terlalu ringan atau terlalu berat (obesity)
- Gangguan stress dan emosis
- Kurang rehat atau tidur
- Pemakanan yang tidak seimbang dan kurang zat-zat penting.
Selain itu, haid yang tidak teratur dan masalah haid yang berketul ini boleh disebabkan oleh beberapa penyakit serius seperti:
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan atau haid mudah beku.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Gejala haid yang berketul ini selalunya hanya dikaitkan dengan dua perkara iaitu darah beku yang tertakung dalam rahim, ataupun jangkitan kuman pada rahim atau ruangan pelvis. Cebisan daging yang keluar dari rahim anda juga boleh disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat. Sebelum itu, kami sarankan anda untuk mengurangkan berat badan anda dan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat bagi memastikan faktor tersebut dikecualikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.