
Wardina
6 tahun
Darah haid banyak, sebulan 2 kali, lepas bersama suami berdarah lagi
Hai doktor saya nk tya awal tahun ni haid saya sebulan 2x… tempoh haid 1minggu leebih… saya berusia 25thn dan mempunyai seorg anak berusia 10 bulan… dulu haid saya xmenentu… kalau mai pun 3 4 hari ja lpas tu habis… skrg darah haid banyak dan sebulan 2 kali … trbaru ni haid saya sudah 2mingu xhnti. Ingat dah hbis… saya mndi wajib… lpas tu bila brsama suami darah akan keeluar slpas tu… saya risau lah…

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Menurut penerangan anda, anda nampaknya mengalami pengaliran haid yang tidak teratur serta berlebihan. Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Menorrhagia pula ialah istilah yang bermaksud pendarahan haid yang lebih daripada 80ml setial kitaran haid. Penentuan pendarahan dengan objektif adalah sukar, tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita terjejas, ia diklasifikasikan sebagai menorrhagia.
Terdapat pelbagai punca berlakunya pendarahan haid yang berlebihan. Antara punca yang sering berlaku ialah:
• Gangguan hormon yang menyebabkan pendarahan haid
• Polyp di pangkal rahim atau di rahim (Ketumbuhan bukan kanser dari rahim atau serviks)
• Endometriosis (tisu rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
• Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
• Kekurangan atau berlebihan penghasilan hormon tiroid
• IUCD (Alat pencegah kehamilan di dalam rahim)
• PCOS (Sindrom Ovari Polycystic)
Adalah sukar untuk menentukan apa punca masalah pendarahan anda kerana informasi yang diberi adalah terhad. Anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita untuk mengenal pasti punca masalah pendarahan tidak teratur anda.