
Sulit
4 tahun
Darah haid belum berhenti setelah 12 hari
Saya wanita berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Sebelum ini, saya akan mengalami haid 5 - 8 hari sahaja dan ia dalam kuantiti yang amat sedikit. Namun, pada bulan ini, haid saya masih keluar sehingga hari ke 12 dan kuantiti haid yang keluar dalam jumlah yang biasa. Darah haid juga lebih berbau. Adakah saya boleh mengambil ubat Norethisterone untuk menghentikan haid tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pengeluarn haid yang berpanjangan dan lebih berbau berbanding haid sebelum ini. Untuk makluman anda, Norethisterone merupakan sejenis ubat yang mengandungi hormon progesterone untuk merawat pendarahan haid yang berlebihan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Gejala haid yang berbau busuk adalah disebabkan oleh bakteria yang terkandung dalam tisu rahim yang dibuang ketika haid dan ia merupakan satu perkara yang normal. Namun, kami nasihati anda agar sentiasa menjaga kebersihan diri terutama sekali ketika haid.
Masalah haid anda yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman pada rahim, serviks, atau vagina
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Masalah penyakit pendarahan.
- Penyakit tiroid.
Kami tidak sarankan anda untuk mengambil ubat Norethisterone untuk masalah anda tanpa berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!