
Sulit
3 tahun
Darah haid berhenti dan datang lagi
Saya seorang perempuan berumur 25 tahun , sy nak tanya , adakah normal bagi seorang perempuan , period berpanjangan ? Saya period bermula 12 ogos… Kemudian , habis 19hb … Selepas dua hari , darah keluar semula. Kemudian, selepas itu darah berhenti dan selepas dua hari terjadi semula … Bukan darah yg sedikit tapi banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami haid berpanjangan. Untuk menjawab soalan anda, haid yang berpanjangan bukan sesuatu perkara normal. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Uterine fibroids
- Polip rahim
- Masalah tiroid
- Masalah pendarahan abnormal (Bleeding disorders)
- Obesiti
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat disiasat puncanya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan