Sulit
6 tahun
Darah haid berhenti setelah mengambil ubat tambahan
Saya wanita umur dlm lingkungan 30 an…slps melahirkan ank yg ke 6 secara cesar sy telah mengambil pil perancg sejenis ubt hingga la ank kini berumur 5 thn.persoalan sy baru2 ni sy mengambil ubt tmbhan iaitu pil perapat berbentuk biji kecil lalu pada masa yg sama apabila masa utk sy dtg haid seperti bln2 yg sblmnya tetapi bulan ni haid sy tidak keluar…dan sy yakin sy tidak mengandung apakah yg perlu sy lakukan.harap doktor dpt membantu masalah yg sy hadapi…terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada ubat yang dapat digunakan untuk merapatkan vagina melainkan senaman kegel dan pembedahan. Pengambilan pil perapat anda mungkin mengandungi steroid atau hormon yang tinggi dan ini akan memberikan impak bukan sahaja kepada kitaran haid anda bahkan juga kesihatan umum anda. Sekiranya anda mahukan pengambilan suplemen atau ubat-ubatan, pastikan ianya berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atau beli di farmasi berdaftar.
Antara punca lain haid tidak datang boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























