Sulit
3 tahun
Darah haid berlebihan secara tiba tiba
Saya berumur awal 20 tahun, tapi sy mengalami masalah darah haid yg mengalir berlebihan secara tiba tiba pada bulan ni, walaupun sudah hari ke-8 darah haid masih lagi banyak mengalir, sehingga sy terpaksa menukar tuala wanita setiap 2-3 jam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh alirannya pula di antara 2 hingga 7 hari. Sekiranya terlebih atau kurang, anda perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Tekanan emosi atau stres
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang wanita
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah (warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Walaupun begitu, kami tidak dapat memberikan apa-apa diagnosis berkenaan masalah anda kerana lebih banyak maklumat diperlukan dan siasatan perlu dilakukan untuk mencari punca masalah haid anda.
Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit perut
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Pitam atau hampir pitam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.