
Anonymous
4 tahun
Darah haid bermasalah
Saya wanita dalam umur 20an ingin bertanya berkaitan masalah haid… kebiasaanya,darah haid saya tanya dan warna merah pekat terang… tapi kali ini darah haid saya tak banyak seperti biasa n warna darah agak kehitaman dan drh tu mcm terbentuk seperti bebola … cecair ada jga tpi tak bnyk… apakah sebab masalah tu berlaku… dan soalan seterusnya , saya pernah even dah habis dtng bulan tetiba ada darah tapi tak banyak… adakah itu baki darah haid yg xhbis spnhnya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat beberapa penyebab masalah ini, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Kemungkinan punca lain perlu juga dipastikan.
Berkenaan dengan darah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.