cemaruk1192
6 tahun
Darah haid berubah warna dan makin kurang quantity nya
Saya wanita berumur 19 tahun, sya sangat keliru tentang haid saya… 2 minggu lepas saya melakukan hubungan intim tanpa kawalan tetapi pasangan saya pancut diluar kemaluan saya… Sekarang saya datang bulan, dan nak pastikan saya hamil atai tidak sebab saya tengok darah haid saya dihari pertama banyak dan berwarna terang secara normal,pada hari kedua kuantiti nya menjadi sedikit dan warna merah cair dan hari ini hari ke3 saya period kuantiti nya paling sedikitdan warna nya sekejap merah terang sekejap merah muda… Saya keliru, sebaba kalau haid saya adalah spotting semetinya saya ada tanda2 awal hamil seperti payidara membengkak,berisi,mual dan muntah2… Puting sya memang semula jadi warna hitam jadi saya tidak pasti…ini adalah rujukan dari google… Sestengah laman web mengatakan darah haid makin kurang faktir dari hormon estrogen yang bkurangan…jadi doktor saya betul2 keliru ,tolong bantu saya untuk memastikan apa sebenarnya terjadi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normalterjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada penjelasan anda, memandangkan hari pertama haid adalah seperti biasa justeru kemungkinan besar haid anda adalah normal.
Merujuk kepada hubungan seksual tanpa perlindungan, harus diketahui bahawa air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani pasangan anda boleh saja telah memasuki faraj anda walaupun dia belum ejakulasi atau “pancut”.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























