
nura28194
6 tahun
Darah haid bewarna coklat dan sedikit tetapi keluar melebihi 20 hari
saya student berumur 18 tahun . saya mempunyai masalah dalam haid yang betul² merisaukan saya . kebiasaanya saya tak period dalam tempuh 7 bulan atau 8 bulan. tahun 2018 (tahun lepas) hanya 3 kali saya period dalam setahun . 21 may 2019 saya period untuk pertama kali dalam tahun 2019 . tetapi doc, period saya kali ini nampak tidak normal. darah haid saya keluar dengan sedikit & bewarna coklat. selain dari itu tempuh haid saya juga berpanjangan iaitu melebihi 20 hari . adakah itu normal doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Perdarahan haid yang berpanjangan atau menorrhagia biasanya didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebih 7 hari, 80 ml atau kedua-duanya sekali. Punca-punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid berpanjangan pula termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Darah haid berwarna merah gelap/coklat adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.